Friday, October 8, 2010

Alhamdulillah! Tun Selamat Pulang Ke Tanahair!!!

Alhamdulillah! YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad & YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah serta pegawai-pegawai pengiringnya telah selamat sampai dengan penerbangan khas pesawat D'Nest Aviation Services Sdn. Bhd. di Subang kira-kira jam 8.00 mlm tadi.

Apabila muncul di pintu pesawat 20 minit kemudian, kedengaran tepukan daripada kalangan yg hadir antaranya termasuklah Datuk Nadzmi Salleh (Pengerusi Proton), Datuk Syed Zainal (MD Proton), Datuk Idris Tulis & beberapa org kenamaan lain.

Selesai bacaan doa, Tun turut bersalaman dgn semua yg hadir dan berjalan menuju ke keretanya. Di kala itu kedengaran ramai yg memberi kata-kata semangat/perangsang dan tak ketinggalan nasihat supaya beliau lebih banyak berihat.

Dalam nada berjenaka Tun sempat membalas "itulah... you all ni la.."

Di pintu pagar sekumpulan ahli Perkasa (l/kurang 30 orang) dan beberapa individu lagi membentangkan banner ucapan selamat utk Tun... sambil menyorak kata-kata semangat apabila kereta beliau melintasi mereka. Tun berdua masih mampu tersenyum sambil melambaikan tangan...

Itulah dia Tun yg kita kenali...

p/s - walaupun mungkin aktiviti beliau akan agak terbatas lepas ni, namun masih nampak riaknya yg masih bersemangat utk terus bekerja demi agama, bangsa dan tanahair ini.... Mudah-mudahan mereka berdua diberikan kekuatan dan kesihatan oleh Allah SWT hendaknya... Amin Ya Rabbal 'Alamin....

-- ada sikit photo di :

http://bigdogdotcom.wordpress.com/
http://www.papagomo.com/
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=165193860158516&set=a.119330734744829.19754.100000037098808#!/photo.php?fbid=165193860158516&set=a.119330734744829.19754.100000037098808&pid=554581&id=100000037098808

Saturday, October 2, 2010

Tun Masuk Hospital Di Melbourne

Saya menerima SMS drp sdra Sufi Yusoff (Pegawai Khas Tun) :

Quote :
YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad has been admitted to the Epworth Hospital, Melbourne, Australia for treatment of chest infection since 9am today, Saturday Oct 2, 2010.

Currently Dr. Mahathir is admitted to general ward for antibiotics treatment and physiotheraphy. Dr. Mahathir's condition is stable and he has been advised to rest.

Dr. Mahathir is expected to be admitted for a few days for observation.

Dr. Mahathir, accompanied by Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, is in Melbourne, Australia since Thursday and was expected to address a seminar on human development this afternoon, organised by UMNO Club of Melbourne.


Marilah sama-sama kita doakan semoga Tun dikurniakankan kekuatan dan kesihatan yang terbaik dari Allah SWT hendaknya...Insya Allah.. Amin...


p/s - kalau nak diikutkan hati, mahu saja terbang ke Melbourne malam ni... :(