Sunday, September 26, 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah… akhirnya tercapai juga niat dan impian untuk mempunyai blog sendiri walaupun keinginan itu telah lama tersemat di sanubari. Mungkin dah terlalu jauh ketinggalan berbanding rakan-rakan seperjuangan dan yang mengenali saya.

Berkat sokongan dan dorongan rakan-rakan, akhirnya blog ini tercipta dalam tempoh satu malam yang serabut dengan pelbagai idea nama, rekabentuk dan konsep serta halatuju blog ini.

Menjelang jam 8.00 pagi 26 Sept 2010, inilah hasilnya dan diharapkan dapat kita berkongsi pelbagai maklumat dan manfaatkan blog ini bersama.

Terimakasih.

Ikhlas,
anakbentayan