Friday, October 28, 2011

PPSMI : Satu Anugerah

Assalamualaikum,
Setelah agak lama menyepi disebabkan kesibukan mencari rezeki untuk menyara kehidupan yang semakin mencabar ni, aku cuba nak menceritakan satu pengalaman yg aku rasa patut dikongsikan bersama. Ini pun atas desakan rakan-rakan dlm KCD yg tak pernah jemu memberikan sokongan untuk aku menulis.. Terima kasih di atas sokongan anda termasuklah pembaca blog ini..

Cerita aku :-
Pada suatu hari yang tidak disangka-sangka secara tiba-tiba aku terima satu ‘perkhidmatan pesanan ringkas’ atau dalam bahasa inggerisnya short message service atau ringkasannya 'SMS' dari nombor telefon bimbit yang tidak dikenali. Tetapi apabila diamati isi kandungan pesanan tersebut aku rasa aku kenal siapa pengirimnya.

Bila aku balik ke kampung lalu aku pun bertanya adik aku, ibu si pengirim pesanan tersebut, “siapa yang ajar si pengirim untuk tulisan pesanan macam tu?”…. “dia sendiri lah..” ringkas jawapan adik aku. Apabila aku kurang berpuas hati dengan jawapannya, adik aku mencadangkan agar aku bertanyakan sendiri dengan pengirim dan jawapan yang aku perolehi juga sama, pendek tapi jujur dan ikhlas.

Suka aku nak kongsikan pesanan tersebut :-

Pengirim
“Do u know that I have got 4As in my UPSR?”

Jawapan aku
“Oh..Really!!.. Congratulations!”  

Pengirim
“Yes….. Thanks to you because you bought me the Oxford dictionary and Kamus Dewan for my study”

Jawapan aku
“No problem… you deserved it, after all.. Well..what you want for your present, then?”

Pengirim
“It is up to u…huhu.. Anything will do…more books perhaps” :)

Jawapan aku
“Ok… I’ll think of something later.. Keep up the good work so that you can look after you family when u grown up, ok”

Pengirim
“Ok, thank u”

Setahun telah berlalu, pengirim ‘perkhidmatan mesej ringkas’ yang juga merupakan anak saudara perempuan aku yang baru nak masuk 13 tahun ni tak pernah pulak aku dengar bertutur dalam bahasa inggeris di rumah samada dengan ibubapanya mahupun adik-beradik atau sepupu-sepapat bila aku balik kampung.

Berdasarkan permerhatian dan perbualan aku dengan mak aku serta adik perempuan aku, tak pulak anak saudara aku ni bertukar pergi sembahyang kat mana-mana GEREJA yang ada kat Muar tu, rambut tak bertukar jadi perang, tak suka pun makan fast food ‘mat saleh’ dan aku berpendapat dia berbangga jadi orang Melayu yang mampu berbahasa inggeris kerana masih berbaju kurung dan bertudung bila pergi ke sekolah menengah kebangsaan atau sekolah agama pada sebelah petangnya, dan yang paling penting malah adik aku kata dah dua kali khatam Al-Quran. Tambah adik aku lagi Sains & Matematik nya dulu tak pernah dapat 'A'...

Kesimpulannya, aku berterima kasih kepada Tun Dr. Mahathir kerana aku ingat zaman aku saja yang dapat nikmat daripada kebijaksanaan beliau mentadbir negara, tapi rupanya ia melangkau jauh ke generasi selepas aku. Aku tak pernah bermimpi akan ada seseorang macam anak saudara aku ni dalam keluarga kami. Maklum lah rata-ratanya semua hanya berkelulusan SPM yg ala-ala cukup setakat nak kerja kerani atau kilang yang banyak kat Muar tu..

Tanpa ada kemampuan untuk dihantar ke kelas ‘tuisyen’ mahupun kelas tambahan atau tunjuk ajar dari seorang ibu/surirumah sepenuh masa, apatah lagi bapanya yang sekadar bekerja biasa, aku puas dan berbangga tindakan Tun memperkenalkan PPSMI berjaya mempertingkatkan kemampuan anak buah aku. Aku tak tahu lah macam mana pulak bangganya mak bapak budak tu. Aku rasa ramai lagi mak bapak kat Malaysia ni juga mengimpikan perasaan bangga yang sama.

Terima kasih Tun… walaupun kini hanya tinggal sejarah… Ya.. Betul kata Tun "It is not for me to say whether I have succeeded or not. The people and history will judge and determine whether my service was good or bad"

Dan aku kata “The history has proven that you are DAMN RIGHT!!!

Terima kasih..

p/s -
…dan aku percaya orang yang KONONnya terlalu sayang dan cintakan bahasa Melayu ini amat akrab di lidah mereka seolah-olah tidak dapat dipisahkan dengan perkataan-perkataan seperti ‘telefon’, ‘SMS’, ‘tuisyen’ dalam pertuturan mahupun tulisan mereka sepanjang hayat. …dan lidah yang juga akrab dengan sambal belacan serta tempoyak atau cencaluk ni juga aku percaya lebih akrab menyebut ‘mesej’ daripada menyebut ‘pesanan’ dalam perbualan seharian mereka.

1 comment: