Ini kenyataan akhbar beliau yang diedarkan kepada pihak media... aku dah edit (ditaip semula sebab scanner rosak) supaya tak perlu dibaca keseluruhan 19 para di mana hampir setiap para ada perkataan yang berasal daripada bahasa Inggeris digunapakai. Sama-samalah kita fikirkan...terutamanya nasib bahasa Kebangsaan kita... kalau pun tak perlu fikir nasib serta masa depan anak cucu kita :-
KENYATAAN AKHBAR
YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA
DAN MENTERI PELAJARAN
MENGENAI PELAKSANAAN SOFT-LANDING PPSMI
Kerajaan pada tahun 2009 telah mengambil keputusan untuk memansuhkan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan menggantikannya dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Dengan pemansuhan PPSMI, murid di sekolah rendah akan mengikuti pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia di Sekolah Kebangsaan, Bahasa Cina di SJKC dan Bahasa Tamil di SJKT. Manakala di sekolah menengah, Bahasa Malaysia akan digunakan sepenuhnya dalam pengajaran Matematik dan Sains.
Untuk membolehkan murid menyesuaikan diri dengan perubahan bahasa dalam tempoh peralihan dasar, Mesyuarat Jemaah Menteri pada bulan Julai 2009 juga telah membenarkan Kementerian Pelajaran melaksanakan pendekatan soft-landing.
Para (4) baris (4)
Sebagai langkah intervensi untuk mempercepatkan proses peralihan daripada bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia di semua peringkat persekolahan,……….
Para (7) baris (1)
Ini bermakna semua murid kohort PPSMI yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris……
Para (11) baris (4)
Kerajaan yakin dengan keputusan ini pencapaian murid kohort PPSMI dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM tidak akan terjejas.
Para (12) baris (1)
Dengan pendekatan soft-landing ini, pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains ini….
Para (15) baris (5)
Murid mengambil masa yang lama untuk memahami konsep matematik dan sains kerana….
Para (16) baris (3)
Di bawah dasar MBMMBI, Kementerian sedang melaksanakan pelbagai inisiatif baru yang lebih efektif untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid.
Para (17) baris (1), (2), (3), (4) dan (5)
Antara inisiatif tersebut ialah penambahan masa pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris, penambahbaikan kurikulum bahasa Inggeris di bawah pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), penyediaan guru, pengambilan penutur jati bagi meningkatkan kapasiti pensyarah dan guru Bahasa Inggeris, penyediaan bahan sokongan yang berkualiti seperti bahan bacaan tambahan dan bahan digital bagi menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Para (18) baris (1), (2) dan (4)
Kementerian Pelajaran juga sedang mengkaji beberapa inisiatif baru untuk dilaksanakan seperti program Oracy Skills (OPS-ENG) yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan lisan dalam kalangan murid, kelas berdasarkan Sistem Set, peningkatan kualiti dan kepelbagaian bahan pengajaran, pembangunan profesionalisme guru dan kecekapan pengurusan panitia bahasa Inggeris di sekolah.
memartabatkan bahasa Malaysia? kakaka.... memurtabakkan ada la....
ReplyDeleteYB Melayu sendiri pun malu bila bertutur dalam bahasa Melayu depan kamera televisyen,
Pegawai kerajaan, lebih-lebih lagi yang berjawatan tinggi dan tinggi-tinggi akan 'pitam' kalau menyebut perkataan bahasa Melayu.
Sementelah yang ber'status' , artis dan ustaz melayu pun malu-malu untuk bercakap dalam bahasa ibunda.
Itu belum lagi jika berucap di Bangsa-bangsa Bersatu. Sedangkan orang Perancis, Jepun, malah Indonesia merasa bangga bila bahasanya bergema di pentas dunia itu.
Oh bahasa ku.
Benarkah "bahasa jiwa bangsa?".
Semuanya lakonan semata-mata. DBP pun tiada 'kuasa'.