Thursday, November 6, 2014

Pesanan Buat UMNO

"UMNO SELANGOR PERLU BERUBAH

1. Sesungguhnya perubahan yang diperlukan oleh UMNO Selangor ialah pembubaran dan penyusunan semula. Pemimpin-pemimpin UMNO Selangor perlu terima hakikat bahawa mereka kalah dalam PRU 12 dan 13. Mereka perlu undur."
Itu adalah antara petikan daripada blog Presiden UMNO ke-5, YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad di sini.
AnakBentayan rasa tulisan tersebut seharusnya ditujukan bukan saja kepada UMNO Selangor, tetapi kepada semua peringkat dan lapisan dalam struktur organisasi UMNO, cawangan, sayap-sayap pergerakan, bahagian, negeri, malah tidak keterlaluan jika dikatakan sehingga ke peringkat UMNO pusat sekalipun.

Cakap sapa lagi ahli UMNO nak dengar kalau bukan daripada Presiden yang paling lama dalam sejarah UMNO. Sebagai antara segelintir mereka yang terlibat di peringkat awal penubuhan yang masih bernyawa, tentunya teguran itu penuh dengan perasaan ikhlas dan tanggungjawab kepada pertubuhan tunjang orang Melayu ini. Dari aspek sejarah, kewujudan sebuah negara yang bernama Malaysia ini tidak dapat lari daripada dikaitkan dengan UMNO. Tentunya beliau bimbang satu hari nanti umum lebih mengenali sejarah Malaysia versi tanpa UMNO.

Fikir-fikirkanlah.... :(



1 comment:

  1. www.nonwovenbagmalaysia.com.my/ www.magspremiums.com
    MAGS PREMIUM GIFTS SDN BHD We specialize in premium and corporate gifts printing (cenderamata korporat) , Welcome to custom made your own design on the gifts. Example: non woven bags, tshirt, lanyard, keychain, etc...

    ReplyDelete