Tuesday, November 4, 2014

Siti Zailah lena dek alunan Senandung Wau


HIPOKRIT adalah satu perkataan yang terlalu sinonim dengan golongan pembangkang dalam senario politik di Malaysia. Rasanya tidak ada parti-parti pembangkang di dalam mana-mana sistem demokrasi di seluruh dunia sehipokrit yang ada di Malaysia ni. Sebabnya mereka lebih tahu dan bijak memainkan peranan sebagai pembangkang di dalam pembinaan sesebuah negara. Dan yang jelasnya mereka lebih cerdik dalam memilih sesuatu isu yang betul-betul ada substance untuk diperdebatkan.

Dalam menambah koleksi senarai hipokrasi mereka, kali ini isu pengangkutan awam diangkat dalam sesi soal jawab di parlimen baru-baru ini. Semasa YB Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberi penjelasan tentang keadaan keretapi yang terpaksa dipandu perlahan apabila melalui kawasan-kawasan yang rosak terutamanya melibatkan laluan Gemas-Gua Musang, Ahli Yang Berhormat Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd. Yusoff bingkas berdiri membidas Liow yang menjawap soalan awalnya tentang perkhidmatan keretapi laluan ke pantai timur itu.

Seolah-olah baru terjaga dari lena dibuai mimpi dek alunan koc Ekspres Senandung Wau, Siti Zailah mempertikaikan “adakah nak tunggu jambatan laluan keretapi roboh baru nak diperbaiki?”

Eh…? Adakah cik Siti kita ni dah lupa? "Haiyaa cik Siti... pompuan manyak lupa"

Siapakah yang terlebih dulu cadangkan laluan ini untuk diperbaiki?

Bukan ke kerajaan BN dah luluskan peruntukan RM400 juta untuk tujuan tersebut?

Bukan ke SPAD dan KTM dah setuju nak tutup laluan tersebut untuk diperbaiki sejak bulan Jun yang lalu? beritanya di sini dan di sini

Tapi SIAPA yang HALANG?

Mungkin cik Siti boleh risik-risik tanya orang-orang Railway Union of Malaysia (RUM) siapa agaknya yang duk belakang dan hasut kesatuan sekerja ni masa diorang rancang nak berguling-guling demo depan Ibu Pejabat SPAD, kalau tak dapat berguling kat rel keretapi semata-mata sebab nak halang laluan ni ditutup sementara sebab nak diperbaiki.

Rupa-rupanya sifat pelupa adalah antara sindrom yang berkait rapat dengan hipokrasi.

Inilah wajah Hipokrasi Pembangang.. eh! silap!.. Pembangkang!!!

Kalau ikut bahasa budak-budak sekarang ni, diorang selalu suka guna istilah “hipokrasi tahap gaban” atau “hipokrasi tahap dewa”… mungkin sebab dah “dewa” diorang begitu sifatnya, jadi tak heranlah kalau anak buah pun ikut jejak langkahnya.

Supaya cik Siti boleh lebih lena, cik Siti dengarlah dulu nyanyian ni sebelum tidur...


No comments:

Post a Comment