Memang pelik dengan perangai Ahli Parlimen
Petaling Jaya Utara seorang ni (walaupun sepatutnya lebih layak dipanggil
sekor). Mengikuti perkembangan politik tanah air, mangkuk Tony ni memang selalu suka
mencari publisiti murahan. Maklumlah takut KPInya sebagai Ketua Publisiti DAP
bakal dipertikaikan, hasilnya segala mak nenek isu pun si mangkuk ni cuba nak
sensasikan dan setiap masa dilihat cuba nak cari kesalahan orang lain.
|
Gambar hiasan - seekor mangkuk |
Memang kalau dilihat dari modus operandinya,
pantang ada isu sikit, mangkuk ni akan cuba untuk sensasikan tanpa ada fakta
yang tepat dan kajian mendalam tentang sesuatu perkara. Ini agaknya cara dan
rancangan jahat DAP untuk memberikan persepsi tidak elok dengan berterusan
memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional.
Jika diimbas kembali, di bawah ini adalah antara
kerja-kerja si mangkuk :-
a. cadangkan dimansuhkan diskaun Bumiputera
dalam pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah di Selangor;
b. cadangkan kerajaan pusat mengurangkan
jumlah penjawat awam di Malaysia;
c. dakwa bahawa kos pemerolehan kapal tempur
pesisir pantai (LCS) sudah meningkat berbilion ringgit sebaik saja tender
pembinaan enam LCS diberi kepada Boustead Naval Shipyard (BNS);
d. dakwa kapal selam tak boleh selam. Tapi
bila Menteri Pertahanan pelawa naik kapal selam, bukan setakat telur, dengan
kepala-kepala Tony Pua sekali termasuk ke dalam. Bila bos besar Lim Guan Eng
naik kapal selam dan menyelam, si mangkuk terus menyepi seribu bahasa;
e. Pada 6 Jun 2012, Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur yang diketuai oleh Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah memerintahkan MP
Petaling Jaya Utara Tony Pua membayar gantirugi RM200,000 kepada Syarikat
Bekalan Air Selangor ekoran satu kenyataan yang didapati memfitnah syarikat
tersebut.
And the list goes on….
Yang terbaru, apabila dah terasa suam-suam
kuku dan menyedari KPI 2014 belum tercapai, si mangkuk ni cuba bangkit kembali
dengan mengusik Felda/FGVH pulak. Dakwaan si mangkuk
Kalau dilihat kepada biodatanya di Wikipedia,
mangkuk ini ada ijazah daripada Keble College, Universiti Oxford di dalam bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi.
Tak tahu lah ekonomi apa yang dia belajar
sampai tak tahu nak beza perniagaan berasaskan komoditi dengan perniagaan
bentuk lain seperti hartanah dan sebagainya.
Felda melalui FGVH beroperasi dengan
majoritinya bergantung pada komoditi kelapa sawit. Maka sudah tentu ia mempunyai
risiko turun naik harga komoditi di pasaran dunia. Sama juga dengan komoditi
lain seperti getah dan sebagainya. Petroleum yang merupakan sumber tenaga utama
dunia pun tak terlepas daripada risiko turun naik harga di pasaran dunia ni. Tapi
si mangkuk ni ‘terlalu bijak’ sampai nak banding dengan industri lain seperti
hartanah, automotif, penerbangan dan lain-lain.
Kumpulan Sime Darby walaupun mempunyai ladang
antara yang terbesar tetapi sumbangan sektor perladangannya kepada pendapatan
kumpulan Sime Darby tidak sama seperti peratusan lebih besar sumbangan sektor perladangan
dalam kumpulan Felda/FGVH. Tentunya jika harga minyak mentah kelapa sawit di
pasaran dunia jatuh, yang akan lebih terkesan dengan penurunan itu adalah Felda/FGVH.
Nak tanya kat mangkuk ni sikit, pernah dengar
ke hartanah di Lembah Kelang & bandar-bandar utama di Malaysia harganya
menurun? Selepas tu tolong pi check berapa banyak projek hartanah Sime Darby
yang telah dan akan dibangunkan. Penulis nak bagi clue sikit. Tolong pi check
area Taman Melati dan Taman Melawati. Berapa banyak projek Sime Darby? Berapa
banyak unitnya? Dan berapa nilai jualannya? Itu baru satu kawasan.
Felda/FGVH tanam pokok kelapa sawit bukan
tanam cerucuk besi…