Friday, October 31, 2014

Tony Pua merapu lagi…




Memang pelik dengan perangai Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara seorang ni (walaupun sepatutnya lebih layak dipanggil sekor). Mengikuti perkembangan politik tanah air, mangkuk Tony ni memang selalu suka mencari publisiti murahan. Maklumlah takut KPInya sebagai Ketua Publisiti DAP bakal dipertikaikan, hasilnya segala mak nenek isu pun si mangkuk ni cuba nak sensasikan dan setiap masa dilihat cuba nak cari kesalahan orang lain.
Gambar hiasan - seekor mangkuk
Memang kalau dilihat dari modus operandinya, pantang ada isu sikit, mangkuk ni akan cuba untuk sensasikan tanpa ada fakta yang tepat dan kajian mendalam tentang sesuatu perkara. Ini agaknya cara dan rancangan jahat DAP untuk memberikan persepsi tidak elok dengan berterusan memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional.

Jika diimbas kembali, di bawah ini adalah antara kerja-kerja si mangkuk :-

a. cadangkan dimansuhkan diskaun Bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah di Selangor;

b. cadangkan kerajaan pusat mengurangkan jumlah penjawat awam di Malaysia;

c. dakwa bahawa kos pemerolehan kapal tempur pesisir pantai (LCS) sudah meningkat berbilion ringgit sebaik saja tender pembinaan enam LCS diberi kepada Boustead Naval Shipyard (BNS);

d. dakwa kapal selam tak boleh selam. Tapi bila Menteri Pertahanan pelawa naik kapal selam, bukan setakat telur, dengan kepala-kepala Tony Pua sekali termasuk ke dalam. Bila bos besar Lim Guan Eng naik kapal selam dan menyelam, si mangkuk terus menyepi seribu bahasa;

e. Pada 6 Jun 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang diketuai oleh Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah memerintahkan MP Petaling Jaya Utara Tony Pua membayar gantirugi RM200,000 kepada Syarikat Bekalan Air Selangor ekoran satu kenyataan yang didapati memfitnah syarikat tersebut.

And the list goes on….

Yang terbaru, apabila dah terasa suam-suam kuku dan menyedari KPI 2014 belum tercapai, si mangkuk ni cuba bangkit kembali dengan mengusik Felda/FGVH pulak. Dakwaan si mangkuk

Kalau dilihat kepada biodatanya di Wikipedia, mangkuk ini ada ijazah daripada Keble College, Universiti Oxford di dalam bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi.

Tak tahu lah ekonomi apa yang dia belajar sampai tak tahu nak beza perniagaan berasaskan komoditi dengan perniagaan bentuk lain seperti hartanah dan sebagainya.

Felda melalui FGVH beroperasi dengan majoritinya bergantung pada komoditi kelapa sawit. Maka sudah tentu ia mempunyai risiko turun naik harga komoditi di pasaran dunia. Sama juga dengan komoditi lain seperti getah dan sebagainya. Petroleum yang merupakan sumber tenaga utama dunia pun tak terlepas daripada risiko turun naik harga di pasaran dunia ni. Tapi si mangkuk ni ‘terlalu bijak’ sampai nak banding dengan industri lain seperti hartanah, automotif, penerbangan dan lain-lain.

Kumpulan Sime Darby walaupun mempunyai ladang antara yang terbesar tetapi sumbangan sektor perladangannya kepada pendapatan kumpulan Sime Darby tidak sama seperti peratusan lebih besar sumbangan sektor perladangan dalam kumpulan Felda/FGVH. Tentunya jika harga minyak mentah kelapa sawit di pasaran dunia jatuh, yang akan lebih terkesan dengan penurunan itu adalah Felda/FGVH.

Nak tanya kat mangkuk ni sikit, pernah dengar ke hartanah di Lembah Kelang & bandar-bandar utama di Malaysia harganya menurun? Selepas tu tolong pi check berapa banyak projek hartanah Sime Darby yang telah dan akan dibangunkan. Penulis nak bagi clue sikit. Tolong pi check area Taman Melati dan Taman Melawati. Berapa banyak projek Sime Darby? Berapa banyak unitnya? Dan berapa nilai jualannya? Itu baru satu kawasan.

Felda/FGVH tanam pokok kelapa sawit bukan tanam cerucuk besi…


Wednesday, October 29, 2014

Bila Bos dah turun padang…



Dalam NKRA yang diperkenalkan oleh pentadbiran kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, salah satu bidang yang diberikan perhatian khusus adalah aspek penambahbaikan perkhidmatan pengangkutan awam darat di negara ini. Justeru itu sebuah suruhanjaya khusus iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) diwujudkan bagi melaksanakan program transformasi sistem perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih berintegrasi dan efisien demi kemudahan dan keselesaan rakyat Malaysia umumnya.


Walaupun tidak lagi menganggotai barisan menteri kabinet kerajaan persekutuan, tetapi Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr. Syed Hamid Albar masih lagi terbawa-bawa cara kerja berkonsepkan Kepimpinan Melalui Teladan yang diperkenalkan oleh bekas bosnya Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa keduanya menerajui kepimpinan negara.


Tidak dapat dinafikan Malaysia melalui era kegemilangannya sepanjang tempoh tersebut dan banyak kejayaan mampu dicapai hasil usaha kepimpinan ketika itu. Meneruskan tradisi kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa menitikberatkan kebajikan rakyat, Pengerusi SPAD ini turun padang bagi meninjau sendiri operasi perkhidmatan awam darat di Lembah Kelang bagi merasai sendiri denyut nadi rakyat seperti mana selalu yang diwar-warkan oleh YAB Dato’ Sri Najib.


Sebagai pengguna perkhidmatan awam darat, penulis berharap agar langkah Pengerusi SPAD ini menjadi contoh tauladan kepada semua peringkat lapisan kakitangan SPAD yang dipertanggungjawabkan bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Daripada pengalaman penulis sendiri yang menggunakan pengangkutan awam sejak datang ke Kuala Lumpur pada 1990, kualiti pengangkutan awam kini tentunya jauh lebih baik berbanding pahit getir dan bersesak-sesak berdiri dalam bas Toong Fong seawal jam 6.00 pagi untuk tiba ke pejabat sebelum jam 9.00 pagi.

Tahniah Tan Sri dan SPAD…!!!

Tuesday, October 28, 2014

Tak Ada Penyakit Cari Penyakit



Daripada sepatutnya kesalahan yang melibatkan hal-hal berkaitan pelesenan, kini dah jadi kesalahan jenayah. Ini yang dikatakan “tak ada penyakit, cari penyakit”.

Pada pagi 24 Oktober yang lalu semasa dua orang pegawai penguat kuasa SPAD sedang menjalankan tugas berhampiran Kompleks 5, Jalan Lapangan Terbang Padang Mat Sirat, Langkawi, sekumpulan lebih sepuluh orang lelaki datang dengan beberapa buah kereta mengugut, mengeluarkan kata-kata kesat dan didakwa mengasari pegawai penguat kuasa tersebut.

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis dan bertindak ke atas laporan tersebut sepasukan pegawai serta anggota JSJ IPK Kedah dan IPD Langkawi berjaya menahan 11 orang suspek berusia 19-35 tahun yang dipercayai bekerja dengan agensi pelancongan dan menjalankan perkhidmatan sewa kereta tanpa permit. Semua suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan mendatangkan bencana. Kesalahan di bawah kedua-dua seksyen ni boleh membawa kepada hukuman sehingga dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali. Berita penuh di sini

Komen penulis, dah lah buat kerja tak da permit, berlagak samseng pulak tu. Sekarang sapa yang susah. Macam mana perasaan ibu bapa dan anak bini di rumah? Sebelum buat tak fikir panjang, akibatnya banyak pihak lain yang terkena kesannya. Sepatutnya mereka ini mencontohi rakan-rakan lain yang berusaha keras memohon permit dan mencari rezeki halal yang tidak menyalahi undang-undang. Jadinya rezeki yang disuap ke mulut anak bini insyaa Allah berkat.


Semoga kejadian ini membuka mata dan minda ‘pencuri di siang hari’ ini untuk memperbetulkan keadaan sebelum terlambat. Tanpa disedari, pengendali perkhidmatan tanpa permit ini sebenarnya mempertaruhkan nyawa pelanggan. Fikir-fikirkanlah…



Monday, October 27, 2014

Octopus vs Oyster…



Jika anda pernah menggunakan kemudahan pengangkutan awam di Hong Kong, tentu sekali anda akan terpandang kelibat si Sotong Kurita (Octopus).

Begitu juga jika anda berkunjung ke kota London dan menggunakan pengangkutan awam di sana, anda pasti akan selalu bertemu dengan si Tiram (Oyster).

Sesuai dengan status kedua kota tersebut sebagai sebuah metropolitan, si Sotong Kurita dan si Tiram selalu hadir sebagai superhero atau adiwira untuk menyelamatkan keadaan. Sebagai sebuah metropolitan, tentunya aktiviti manusia di dalamnya sentiasa bergerak pantas dan memerlukan satu sistem lebih efektif dan efisien terutamanya dalam aspek perkhidmatan pengangkutan awam. Justeru itu pihak berkuasa pengangkutan awam di kedua-dua kota memerlukan bantuan si Sotong Kurita dan si Tiram bagi melicinkan perjalanan.

Ini bukan cerita Ultraman… Ini cerita betul…

inilah wajah si Octopus di Hong Kong :

dan inilah si Oyster beraksi di London :

Tidak lama lagi, negara kita juga dikatakan bakal mempunyai satu sistem yang setanding dengan kedua kota metropolitan tersebut. Sesuai dengan perancangan Pelan Transformasi Pengangkutan Awam yang diumumkan kerajaan, rasanya memang telah sampai masa untuk perkhidmatan pengangkutan awam kita mempunyai sistem tiket yang berasingan dan diwujudkan khusus untuk perkhidmatan ini serta diintegrasikan supaya ianya boleh digunakan di seluruh negara dan dalam semua mod pengangkutan awam darat.

Dalam wawancara dengan sebuah majalah, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, En. Mohd. Nur Ismal Mohamed Kamal menyatakan bahawa pihak SPAD sedang bekerjsama dengan pihak Touch’N’Go untuk merealisasikan rancangan yang sememangnya telah sedia ada dalam Pelan Transformasi Pengangkutan Awam Darat SPAD. Menurutnya lagi walaupun kita telah lebih awal menggunakan sistem bayaran tiket tanpa tunai, namun penggunaan kad transit sekarang hanya mencapai 10% daripada jumlah pengguna pengangkutan awam darat. Sehubungan itu SPAD akan berterusan menjalankan usaha memperbaiki dan mempertingkatkan segala infrastruktur bersesuaian bagi menarik minat lebih ramai anggota masyarakat menggunakan pengangkutan awam. Aspek-aspek seperti bayaran perkhidmatan lebih murah, keselesaan, kemudahan asas lain seperti parkir dan feeder bus yang lebih sistematik dan menyeluruh akan diberi perhatian sepatutnya bagi menjamin kualiti perkhidmatan terbaik setanding dengan negara maju. 

Jenuh jugak penulis cuba memikirkan nama apa yang sesuai untuk kegunaan kita. Rasanya elok jugak kalau SPAD anjurkan pertandingan mencipta nama kad tersebut khusus buat pengguna pengangkutan awam di Malaysia supaya ianya dekat dan lekat di hati penggunanya.