Tuesday, October 28, 2014

Tak Ada Penyakit Cari Penyakit



Daripada sepatutnya kesalahan yang melibatkan hal-hal berkaitan pelesenan, kini dah jadi kesalahan jenayah. Ini yang dikatakan “tak ada penyakit, cari penyakit”.

Pada pagi 24 Oktober yang lalu semasa dua orang pegawai penguat kuasa SPAD sedang menjalankan tugas berhampiran Kompleks 5, Jalan Lapangan Terbang Padang Mat Sirat, Langkawi, sekumpulan lebih sepuluh orang lelaki datang dengan beberapa buah kereta mengugut, mengeluarkan kata-kata kesat dan didakwa mengasari pegawai penguat kuasa tersebut.

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis dan bertindak ke atas laporan tersebut sepasukan pegawai serta anggota JSJ IPK Kedah dan IPD Langkawi berjaya menahan 11 orang suspek berusia 19-35 tahun yang dipercayai bekerja dengan agensi pelancongan dan menjalankan perkhidmatan sewa kereta tanpa permit. Semua suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan mendatangkan bencana. Kesalahan di bawah kedua-dua seksyen ni boleh membawa kepada hukuman sehingga dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali. Berita penuh di sini

Komen penulis, dah lah buat kerja tak da permit, berlagak samseng pulak tu. Sekarang sapa yang susah. Macam mana perasaan ibu bapa dan anak bini di rumah? Sebelum buat tak fikir panjang, akibatnya banyak pihak lain yang terkena kesannya. Sepatutnya mereka ini mencontohi rakan-rakan lain yang berusaha keras memohon permit dan mencari rezeki halal yang tidak menyalahi undang-undang. Jadinya rezeki yang disuap ke mulut anak bini insyaa Allah berkat.


Semoga kejadian ini membuka mata dan minda ‘pencuri di siang hari’ ini untuk memperbetulkan keadaan sebelum terlambat. Tanpa disedari, pengendali perkhidmatan tanpa permit ini sebenarnya mempertaruhkan nyawa pelanggan. Fikir-fikirkanlah…



No comments:

Post a Comment