Monday, October 27, 2014

Octopus vs Oyster…



Jika anda pernah menggunakan kemudahan pengangkutan awam di Hong Kong, tentu sekali anda akan terpandang kelibat si Sotong Kurita (Octopus).

Begitu juga jika anda berkunjung ke kota London dan menggunakan pengangkutan awam di sana, anda pasti akan selalu bertemu dengan si Tiram (Oyster).

Sesuai dengan status kedua kota tersebut sebagai sebuah metropolitan, si Sotong Kurita dan si Tiram selalu hadir sebagai superhero atau adiwira untuk menyelamatkan keadaan. Sebagai sebuah metropolitan, tentunya aktiviti manusia di dalamnya sentiasa bergerak pantas dan memerlukan satu sistem lebih efektif dan efisien terutamanya dalam aspek perkhidmatan pengangkutan awam. Justeru itu pihak berkuasa pengangkutan awam di kedua-dua kota memerlukan bantuan si Sotong Kurita dan si Tiram bagi melicinkan perjalanan.

Ini bukan cerita Ultraman… Ini cerita betul…

inilah wajah si Octopus di Hong Kong :

dan inilah si Oyster beraksi di London :

Tidak lama lagi, negara kita juga dikatakan bakal mempunyai satu sistem yang setanding dengan kedua kota metropolitan tersebut. Sesuai dengan perancangan Pelan Transformasi Pengangkutan Awam yang diumumkan kerajaan, rasanya memang telah sampai masa untuk perkhidmatan pengangkutan awam kita mempunyai sistem tiket yang berasingan dan diwujudkan khusus untuk perkhidmatan ini serta diintegrasikan supaya ianya boleh digunakan di seluruh negara dan dalam semua mod pengangkutan awam darat.

Dalam wawancara dengan sebuah majalah, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, En. Mohd. Nur Ismal Mohamed Kamal menyatakan bahawa pihak SPAD sedang bekerjsama dengan pihak Touch’N’Go untuk merealisasikan rancangan yang sememangnya telah sedia ada dalam Pelan Transformasi Pengangkutan Awam Darat SPAD. Menurutnya lagi walaupun kita telah lebih awal menggunakan sistem bayaran tiket tanpa tunai, namun penggunaan kad transit sekarang hanya mencapai 10% daripada jumlah pengguna pengangkutan awam darat. Sehubungan itu SPAD akan berterusan menjalankan usaha memperbaiki dan mempertingkatkan segala infrastruktur bersesuaian bagi menarik minat lebih ramai anggota masyarakat menggunakan pengangkutan awam. Aspek-aspek seperti bayaran perkhidmatan lebih murah, keselesaan, kemudahan asas lain seperti parkir dan feeder bus yang lebih sistematik dan menyeluruh akan diberi perhatian sepatutnya bagi menjamin kualiti perkhidmatan terbaik setanding dengan negara maju. 

Jenuh jugak penulis cuba memikirkan nama apa yang sesuai untuk kegunaan kita. Rasanya elok jugak kalau SPAD anjurkan pertandingan mencipta nama kad tersebut khusus buat pengguna pengangkutan awam di Malaysia supaya ianya dekat dan lekat di hati penggunanya.





No comments:

Post a Comment