Sunday, October 19, 2014

Oh! Nonaku… Wan Azizah…




yang dikejar tak dapat,
yang dikendong keciciran,
yang digenggam, bakal hilang…

Begitulah nasib yang menimpa wanita bernama Wan Azizah ini.

yang dikejar, pengikut punya sokongan,
yang tak dapat, nak elak kena saman…

Dalam ghairah nak menarik sokongan pengikut-pengikutnya, Wan Azizah kononnya cuba nak menjadi juara rakyat dengan memfitnah Felda dan anak syarikatnya FGV melalui dua artikel yang diterbitkan oleh Suara Keadilan pada 2010.

Akibatnya Mahkamah telah mendapati bahawa Wan Azizah bersama dua orang lagi defendan BERSALAH kerana memfitnah Felda dan FGV sepertimana LAPORAN INI.


yang dikendong, dewan undangan negeri kajang,
yang keciciran, rakyat yang kena tipu terang-terang,

Daripada Wan Azizah sibuk fasal FELDA, baik dia tunaikan janji dan tanggungjawabnya kepada penduduk Kajang. Belum pun sampai setahun jadi ADUN Kajang, dah ada rakyat yang kena tipu terang-terang. Kesian penduduk-penduduk PUNCAK SAUJANA ini.

tapi yang paling malang,
yang di dalam genggaman, juga bakal hilang…

Penghujung bulan ini dikatakan suami yang berada alam genggaman juga diberitakan bakal hilang sebab segala usaha untuk menangguhkan perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim menemui jalan buntu. Jalan terakhirnya adalah acara memenuhkan jalan-jalan dengan gerombolan jasad-jasad yang penuh dengan perasaan tetapi kosong akal fikiran.

Kita selalu dengar ungkapan sesuatu perkara yang berlaku semuanya atas kehendak Allah SWT. Ramai juga yang kata setiap kejadian ada hikmahnya. Hikmah biasanya dikaitkan dengan perkara yang elok-elok sebagai ganti ganjaran. Betul dan memang tepat.

Tapi ramai juga selalu buat-buat lupa ada kalanya ianya bala’ yang diturunkan Allah SWT sebagai balasan.

No comments:

Post a Comment