Thursday, October 23, 2014

1436 Hijrah - Perjalanan Yang Semakin Mencabar

Alhamdulillah... Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dikurniakan rezeki, kekuatan, kesihatan dan umur yang panjang untuk menjenguk tahun baru Hijrah 1436. Tahun 1435H bakal melabuhkan tirainya menjelang senja hari ini. Sepanjang 1435H banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa ditempuhi oleh umat Islam di seluruh dunia terutamanya di negara arab dan timur tengah. Orang Islam seringkali tertindas selain perang saudara sesama Islam yang dicetuskan oleh musuh Islam. Tidak terkecuali kita di Malaysia ini.

Dari isu penggunaan kalimah Allah (dalam Bible) sehinggalah terbaru ini (isu anjing), kesabaran umat Islam di Malaysia semakin hari semakin dihimpit ke sudut yang akhirnya, jika tidak ditangani dengan teliti akan memperlihatkan kebangkitan yang sukar dijangkakan. Akidah dan iman kini hanya menjadi 'alat permainan' musuh Islam dalam usaha menewaskan umat Islam sendiri. 


Justeru itu, benarlah sepertimana saranan Perdana Menteri Malaysia Ke-4, YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad agar orang Islam memperbaiki dan mempertingkatkan kemampuan mereka daripada segala aspek yang terdapat dalam kehidupan di dunia ini supaya Islam lebih dihormati, dipandang tinggi dan tidak diperkotak-katikan.

1436 Hijrah bakal menghidangkan perjalanan yang semakin mencabar buat umat Islam di Malaysia. Dengan keadaan ekonomi global yang tidak menentu, situasi politik domestik yang sentiasa bergelombang dan struktur sosial yang semakin goyah, nasib umat Islam di Malaysia wajib ditentukan oleh tangan mereka sendiri.

Dengan penuh keinsafan dan rendah diri, saya merayu, ayuhlah kita memperbaharui azam dan tekad, agar Islam terus dimartabat, Melayu terus dihormat dan Tanahair terus berdaulat. Selamat Menyambut Ma'al Hijrah 1436! AllahuAkbar..!!!

2 comments:

  1. Please No Discrimination made....

    For all Fellow Malaysian or People are Commenting on the matter either a Muslim or Non Muslim......
    As a Muslim you need practise more about Islam, don't just be a born Muslim....PRACTICE MORE ABOUT ISLAM.....
    And for Non Muslim please do respect our believe like yer Ancestor before you....
    Those day we live in HARMONY we respect each other either you're practising BUDDHA, HINDU or CHRISTIAN.......

    ReplyDelete
  2. Agreed to what you've said. This article is just a call to our fellow Muslims especially in Malaysia to be more progressive just like during the days of Tun M's premiership where Muslims were well very much respected during those days. Malaysia was then known as the most developed muslims country.

    ReplyDelete