Sunday, October 26, 2014

Lagi kes FELDA…???



Pastinya ramai tertanya-tanya apa lagi yang tak kena dengan Felda lagi kali ini?

Di sebalik tuduhan dan fitnah yang dilemparkan oleh tidak lain dan tidak bukan barisan pelakon hebat alaf ini yang terdiri daripada pemimpin tertinggi Pakatan Runtuh, pengurusan Felda terus mengorak langkah mengambil insiatif berlawanan dengan membina rumah mampu milik untuk generasi muda Felda.

Menurut Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad, Felda akan meneruskan hasratnya untuk membina 20,000 rumah mampu milik tersebut dalam tempoh 5 tahun akan datang setelah semua pengurusan pinjaman, sistem pembelian dan beberapa faktor lain diselesaikan dalam masa terdekat.

Kita perlu tentukan anak-anak Felda yang layak memiliki rumah, institusi kewangan boleh beri pinjaman dan sistem pembelian dikaji,” katanya selepas majlis graduasi Maktab Rendah Sains Mara Felda Kampus Tun Abdul Razak Ke-5 di Sungkai. Berita penuh di sini dan di sini

Foto - Sinar Harian
Inisiatif ini dilihat selaras dengan hasrat Perdana Menteri yang mahu melihat setiap tanah rancangan Felda dibina perumahan seperti ini bagi membolehkan generasi baharu kekal bermastautin dan menabur bakti di tanah tumpah darah mereka. Masalah utama bagi generasi baharu ini adalah tempat kediaman kerana mereka ini ada yang telah dan akan mempunyai keluarga sendiri.

Kalau roboh Kota Melaka,
Papan di Jawa hamba dirikan,
Niat Pakatan hendak runtuhkan,
20,000 rumah Felda dirikan…

Generasi lama menabur budi,
Generasi baharu meneruskan bakti,
Pakatan Runtuh berhasad dengki,
Tapi Felda tak pernah pun nak ambik hati.... hehe...


No comments:

Post a Comment